Langkau ke kandungan utama

Perutusan CEO IIM Sempena AIGA2020

PUAN NOR'AFIZA SAIM

Ketua Pegawai Eksekutif

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdullillah, dengan usaha padu antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Yayasan Pahang, kami telah berjaya menganjurkan satu anugerah yang sangat penting dan diperlukan bagi  mencapai aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai integritinya dan bukan kerana rasuah.  Anugerah ini dinamakan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah – AIGA2020.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pejabat  Setiausaha Kerajaan Pahang khasnya kepada Yang Berhormat Dato Seri Dr. Salehuddin di atas sokongan padu yang diberikan.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan strategik kami iaitu SPRM, SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Malaysian Institute of Corporate Governance (MICG) dan Malaysian Institute of Occupational Health and Safety (MSOSH) yang telah menyumbang  kepakaran masing-masing.

 

Tuan2 dan puan2 yang saya hormati,

Terdapat 3 objektif utama penganjuran AIGA 2020 ini.

             i.  Pertama,  AIGA2020 akan  memberikan pengiktirafan kepada mana-mana sektor awam dan swasta yang telah memberi komitmen, melaksanakan dan berjaya membina satu budaya integrity, governans dan anti rasuah yang sistematik dan efektif.

            ii.  Kedua, AIGA 2020 akan manjadi  platform terbaik untuk  organisasi mengukur sejauh mana usaha dan  inisiatif meningkatkan integrity, governans dan mmbenteras rasuah dalam organisasi masing-masing berbanding dengan organisasi lain.  Ini juga akan menjadi penandaaras terbaik kepada semua organisasi yang menyertai.

           iii.   AIGA2020 juga akan mewujudkan satu persaingan yang sihat dimana ianya akan memberi ruang dan peluang untuk semua organisasi yang menyertainya berinteraksi dan berkongsi pengalaman mereka untuk memperbaiki lagi usaha dan inisiatif yang dijalankan.

 

Tuan2 dan puan2,

Hasrat kami adalah untuk menjadikan AIGA2020 satu2nya anugerah yang berprestij di peringkat nasional.  Oleh itu, kami sangat mengalu alukan semua organisasi samaada di sektor awam maupun swasta khususnya di Negeri Pahang menyertainya.

Butiran lanjut mengenai AIGA2020 ada di dalam laman web rasmi ini. Rebutlah peluang ini dengan mendaftar segera melalui atas talian bagi mengetahui tahap kedudukan organisasi anda berbanding yang lain.   

 

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

KAMI KOMITED

dalam memperjuangkan pembudayaan Integriti dan Governans terbaik

Hak Cipta Terpelihara © 2024, Institut Integriti Malaysia