Skip to main content
  • PEMAKLUMAN%20AIGA%20%287%29.gif

Tentang AIGA

Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA 2023) adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.
Baca Lebih Lanjut Daftar Sekarang
Penyertaan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2023) terbuka kepada semua organisasi di Malaysia mengikut kategori yang berikut:
  1. Agensi Kerajaan
  2. Agensi Swasta
Penerima anugerah boleh menggunakan logo Anugerah AIGA untuk kegunaan publisiti organisasi, syarikat ataupun jabatan sepanjang tahun dari tempoh satu (1) tahun penganugerahan sehingga penanugerahan pada tahun berikutnya. Logo rasmi AIGA boleh digunapakai di bahagian kepala surat (letterhead) atau apa-apa sahaja platform promosi organisasi.
  • Membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.
  • Menjadikan IIM sebagai pusat kecemerlangan ilmu (Institutional Center of Knowledge) berkaitan pengamalan etika dan sistem integriti di peringkat Nasional.
  • Memberi manfaat kepada organisasi untuk menilai tahap kecemerlangan masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem pengurusan integiriti, tadbir urus dan anti-rasuah.
Permohonan terbuka kepada semua organisasi awam dan swasta yang beroperasi di seluruh Malaysia, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Sektor swasta pula terdiri daripada organisasi yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Muat turun Terma & Syarat AIGA 2023

Ilham dan Rujukan

Statistik AIGA 2023

Terkini

Hak Cipta Terpelihara © 2024, Institut Integriti Malaysia