AIGA atau Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah, mengiktiraf sektor awam dan swasta yang komited dalam membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.
AIGA berfungsi sebagai penanda aras untuk organisasi yang ingin mengamalkan amalan terbaik. AIGA juga membantu mengesan keupayaan dan komitmen organisasi dalam melaksanakan sistem kawalan dalaman pengurusan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah.
Penyertaan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2025) terbuka kepada semua organisasi di Malaysia mengikut kategori yang berikut:
Sektor Kerajaan: Kementerian, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Universiti Awam, dan setaraf.
Sektor Swasta: Entiti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Universiti Swasta, Institusi Kewangan, NGO, dan setaraf.
Penerima anugerah boleh menggunakan logo Anugerah AIGA untuk kegunaan publisiti organisasi, syarikat ataupun jabatan sepanjang tahun dari tempoh satu (1) tahun penganugerahan sehingga penanugerahan pada tahun berikutnya. Logo rasmi AIGA boleh digunapakai di bahagian kepala surat (letterhead) atau apa-apa sahaja platform promosi organisasi.
Membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.
Menjadikan IIM sebagai pusat kecemerlangan ilmu (Institutional Center of Knowledge) berkaitan pengamalan etika dan sistem integriti di peringkat Nasional.
Memberi manfaat kepada organisasi untuk menilai tahap kecemerlangan masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem pengurusan integiriti, tadbir urus dan anti-rasuah.
Permohonan terbuka kepada semua organisasi awam dan swasta yang beroperasi di seluruh Malaysia, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Sektor Awam termasuk Kementerian, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Universiti Awam, dan setaraf. Sektor Swasta pula terbuka kepada organisasi yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Universiti Swasta, Institut Kewangan, NGO, dan setaraf.