TERMA RUJUKAN
ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025
- Permohonan terbuka kepada semua organisasi awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara. Sektor Awam yang layak menyertai anugerah ini adalah merangkumi semua peringkat organisasi awam sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Sektor swasta terdiri daripada organisasi yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian 1961 serta Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. AIGA 2023 juga terbuka kepada Syarikat Multinasional yang beroperasi di Malaysia.
- Setiap organisasi boleh menghantar satu penyertaan sahaja walau bagaimanapun bagi organisasi awam mahupun swasta yang mempunyai cawangan atau jabatan yang berlainan bolehlah menghantar permohonan secara berasingan.
- Kategori anugerah adalah seperti berikut :
- Anugerah Platinum
- Anugerah Emas
- Anugerah Perak
- Anugerah Gangsa
- Organisasi yang ingin menyertai AIGA 2025 perlu melengkapkan borang penyertaan dan memuat naik dokumen-dokumen berkaitan di www.aiga.my.
- Yuran penyertaan sebanyak RM 2000.00 dikenakan bagi setiap penyertaan. Pembayaran boleh dibuat melalui payment gateway (laman sesawang rasmi AIGA 2025) / perbankan atas talian / LO) kepada :
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,
Off jalan Tuanku Abdul Halim,
50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 14014010124113 - Institut Integriti Malaysia (IIM)
- Penilaian AIGA 2025 terbahagi kepada 4 peringkat sebelum ke peringkat penilaian khas bagi kelayakan Anugerah Platinum. Pembahagian penilaian adalah seperti berikut :
I. Memuat naik Dokumen dan Penilaian Kendiri
II. Penilaian dan Pengesahan Dokumen
III. Penilaian Pelaksanaan (Atas Talian)
IV. Penilaian Lapangan (Fizikal)
V. Penilaian Panel Khas (Anugerah Platinum)
Penilaian Kendiri AIGA 2025 beserta memuat naik dokumen adalah penilaian minimum dan WAJIB dipenuhi oleh setiap organisasi sebelum membuat
pembayaran dan menghantar penyertaan bagi AIGA 2025.
- Semua dokumen MESTILAH dilampirkan bersama dengan lengkap dan tersusun.
- Dokumen-dokumen boleh dihantar dalam bentuk salinan digital (softcopy)
- Semua dokumen mestilah diperakui salinan sebenar oleh pihak pengurusan organisasi. Dokumen yang dihantar kepada pihak sekretariat AIGA 2025 adalah benar dan akan dianggap dan digunapakai sebagai dokumen RAHSIA dan SULIT dan hanya boleh digunakan oleh sekretariat AIGA 2025 dan penilai yang dilantik secara rasmi oleh IIM sahaja.
- Semua dokumen-dokumen yang diperlukan dalam Penilaian Kendiri AIGA 2025 mestilah dihantar beserta pembayaran sebelum atau pada 23 Februari 2025.
- Penganugerahan adalah berdasarkan sistem kedudukan markah (ranking). Organisasi yang tidak berjaya ke peringkat penilaian seterusnya akan dimaklumkan dan diberikan sijil penyertaan.
- Pemarkahan bagi menentukan kedudukan (ranking) anugerah adalah melalui kaedah berikut :
- Penilaian Dokumen (Offsite)
- Penilaian Lapangan
- Penilaian Lapangan Khas Anugerah Platinum
- Bagi Penilaian dokumen, markah akan diberikan berdasarkan kepada penghantaran dokumen yang lengkap serta memenuhi kehendak dalam Penilaian Kendiri AIGA 2025.
- Penilaian Pelaksanaan secara atas talian dan dijalankan melalui platform yang akan ditentukan oleh sekretariat AIGA 2025. Tarikh dan masa penilaian adalah ditetapkan oleh pihak sekretariat AIGA 2025. Perubahan tarikh yang telah ditetapkan perlulah dimaklumkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Permohonan perlu dipanjangkan kepada Sekretariat AIGA 2025 melalui emel flagship@iim.gov.my
- Bagi organisasi yang berjaya melepasi Penilaian Pelaksanaan secara atas talian akan dinilai di peringkat seterusnya iaitu Penilaian Lapangan secara fizikal. Penilaian ini yang akan diadakan di premis organisasi yang telah disenarai pendek. Tarikh dan masa penilaian adalah ditetapkan oleh pihak sekretariat AIGA 2025. Perubahan tarikh yang telah ditetapkan perlulah dimaklumkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Permohonan perlu dipanjangkan kepada Sekretariat AIGA 2025 melalui emel flagship@iim.gov.my
- Bagi Anugerah Platinum penilaian akhir akan dikendalikan oleh penilai khas bertauliah yang dilantik oleh pihak sekretariat AIGA 2025. Penilaian Lapangan Khas bagi Anugerah Platinum akan dijalankan secara fizikal. Tarikh dan masa penilaian adalah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat AIGA 2025. Organisasi perlu bersedia dan memastikan keperluan yang disediakan bagi proses Penilaian Khas.
- Proses pemarkahan anugerah dan proses pemilihan pemenang adalah sulit dan akan diaudit oleh juruaudit luar yang bertauliah.
- Pihak sekretariat AIGA 2025 berhak untuk membatalkan penyertaan bagi organisasi yang mengemukakan maklumat atau dokumen palsu bagi tujuan penyertaan AIGA 2025.
- Semua maklumat atau dokumen yang dikemukakan, dibekalkan dan dikumpulkan akan dianggap sebagai RAHSIA dan SULIT, tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Penilaian adalah berdasarkan kepada bukti atau penemuan semasa proses penilaian (dokumen dan lapangan) sama ada melalui proses temu ramah bersama pihak pengurusan dan kakitangan atau semakan dokumen. Ini tidak akan menjadi bukti bahawa tidak berlaku sebarang kegiatan salah laku mahupun penyelewengan dalam organisasi.
- Penemuan penilaian (dokumen dan lapangan) AIGA 2025 tidak boleh digunapakai sebagai bukti atau defensive mechanism oleh organisasi sekiranya berlaku siasatan perundangan terhadap organisasi.
- Anugerah ini tidak boleh dianggap mahupun disamakan seperti syarikat telah meletakkan langkah-langkah yang mencukupi (adequate measures) sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 17A (5), Akta SPRM 2009.
- Sekretariat AIGA 2025 yang merupakan jawatankuasa bebas dari penilai akan membuat keputusan berkenaan semua perkara berkaitan anugerah dan keputusan dari pihak sekretariat AIGA 2025 adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan atau rayuan adalah TIDAK DILAYAN.
Muat turun Terma & Syarat AIGA 2025 dalam format pdf: