Perutusan KPE IIM
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja di IIM yang telah bertungkus-lumus menganjurkan AIGA 2023. Tidak ketinggalan juga, tahniah dan terima kasih kepada semua barisan panel penilaian AIGA 2023 yang amat komited bagi menjayakan proses penilaian AIGA yang telah diadakan pada tahun lepas.
Pada tahun 2022, buat julung kalinya IIM telah memperkenalkan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) di seluruh negara sebagai satu mekanisme untuk mengukur usaha dan keberkesanan inisiatif integriti dan tata kelola dalam sesebuah organisasi.
Penganjuran AIGA telah ditetapkan untuk menjadi acara utama IIM dalam menilai tahap integriti di organisasi. Kriteria penilaian AIGA akan sentiasa ditambahbaik pada tahun-tahun akan datang. Antaraya pada tahun 2023 kriteria penilaian AIGA 2023 telah diperkukuhkan dengan menambah aspek -aspek berikut:
- Occupational safety and health (OSH)
- Environmental, social, and governance (ESG)
- Information Security Management System (ISMS)
- Customer / Client Satisfaction
Saya sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah Perak, Gangsa dan sijil penyertaan yang diraikan pada hari ini. Dalam suasana yang serba mencabar, sikap integriti, disiplin kerja serta budaya kecemerlangan yang ditunjukkan adalah cukup luar biasa.
Akhir kata, saya berharap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akan terus menjadi teras kekuatan IIM dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Negara dalam membudayakan integriti.
YBHG. DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG
PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA